Friday 13 April 2012

kita dan mereka




Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh waridwanuh..

Mengeluh buat kesekian kalinya..jemu dengan diri ini..jemu dengan sikap ini..sikap yang seperti lalang..tidak tetap pendirian..kadang-kadang berusaha untuk menjadi baik, tetapi kadang-kadang berubah menjadi pemalas dan seorang yang lalai pula..masyaAllah..apa nak jadi dengan diri ini..
Ya Allah..adakah ana tidak punyai hati..adakah ana lemah kepada nafsu sendiri..adakah ana tunduk kepada hasutan syaitan laknatullah..hatiku..di mana kamu..

Pesan Imam Ghazali:
“Carilah hatimu di tiga tempat…Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”

insyaAllah..ameen.. :’)

.........................................

Terdetik di hati ini..teringin untuk mati syahid..teringin menghembuskan nafas dengan jasad yang berlumuran darah, disemadikan tanpa dimandikan, aroma darah yang wangi, menghadap Allah dengan senyuman..subhanallah..

Adakah kita selalu ingat saudara-saudara kita di Palestin, Syria, dan Negara-negara Islam yang lain?? Apa??kenapa perlu kita ingat?? Kenapa?? Kerana kita adalah saudara mereka..biarlah lautan yang luas memisahkan kita dengan mereka, namun kita tetap bersaudara..

sempadan orang yang beriman bukanlah sempadan negera atau benua..sesungguhnya sempadan orang beriman ialah kalimah مُحَمَّدًا رَسُولُ الله   لا اله الا اللهُ …sesiapa sahaja mengucap kalimah syahadah ini, dia adalah saudara kita.
 Allah SWT berfirman :



Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
(al-hujuraat : 10 )

Sedarkah kita, mereka sedang terseksa di sana..setiap hari ada sahaja yang syahid..ada sahaja cebisan-cebisan daging para mujahid di jalanan..sungguh, Allah memberikan darjat yang tinggi kepada orang yang syahid pada jalan-Nya..subhanallah..lihatlah betapa tabahnya mereka..pabila ditanya kanak-kanak yang telah kehilangan ibu bapa, yang telah kehilangan anggota badan, adakah mereka sedih , mereka hanya menjawab “cukuplah Allah bagiku”…subhanallah..kanak-kanak di Syria, Palestin, betapa kuatnya hati mereka, betapa teguhnya iman mereka..pada usia yang masih sangat muda sebegitu, mereka telah belajar untuk menjauhi sifat ‘wahan’..bagaimana pula dengan kita??hidup senang-lenang di sini, berehat di dalam bilik 16°C, ‘membina’ badan dengan makan dengan lahapnya serta membazir?? Apa yang kita dah buat untuk saudara-saudara kita di sana..adakah kita menderita penyakit ‘wahan’??

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; 

"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". 
[H.R. Abu Daud] 

Bangkitlah sahabat-sahabatku..sedarlah dari lena yang panjang..mereka saudara-saudara kita..mereka wujud !! jangan kita abaikan mereka..kita mungkin tidak berpeluang untuk berjihad di sisi mereka, namun berdoalah untuk mereka..bukankah doa itu senjata orang mukmin..

Firman Allah SWT :


Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
(al-ghaafir : 60)

Ayuh sahabat-sahabat..bakar semangatmu..

ALLAHUAKBAR !! ALLAHUAKBAR !! ALLAHUAKBAR !!

mereka saudara kita..

 wallahua'lam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...